Artikel di kategori ini Apakah itu aplikasi MyGOV Malaysia (MyGOV)? MyGOV adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan. *Ciri b... Siapakah yang boleh menggunakan MyGOV? Aplikasi MyGOV hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyDigital ID. Apa yang perlu saya lakukan jika masih tidak mempunyai MyDigital ID? Anda perlu mempunyai akaun MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi MyGOV. Sila layari www.digital-id.my untuk muat turun dan daftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi MyGOV. Pa... Apakah senarai perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini? Antara kategori perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini adalah termasuk: Pengangkutan seperti Semakan Saman JPJ dan sebagainya Kebajikan seperti Semakan Mangsa Bencana dan sebagainya Persaraan ... Apakah agensi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan di aplikasi MyGOV? Aplikasi MyGOV kini menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan, antaranya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pejabat ... Bagaimanakah cara saya mengakses perkhidmatan yang disediakan? Anda boleh memilih kategori perkhidmatan yang diingini dalam aplikasi dan ikuti arahan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat atau melakukan semakan. Bolehkah saya menggunakan aplikasi ini untuk melakukan semakan bagi pihak orang lain? Semakan untuk orang lain adalah bergantung kepada kebenaran agensi yang menyediakan perkhidmatan. Buat masa ini, hanya perkhidmatan dalam kategori Pengangkutan yang TIDAK membenarkan semakan untuk ora... Jika saya gagal mengakses perkhidmatan, adakah ini bermakna data saya hilang? Jangan risau, kegagalan akses tidak bermakna data anda hilang. Maklumat peribadi dan rekod masih disimpan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab, contohnya JPJ untuk lesen memandu. Aplikasi MyGOV ... Apakah jenis notifikasi yang akan saya terima? Anda akan menerima tiga jenis notifikasi: Amaran – Notifikasi daripada NADMA berkaitan banjir, hujan lebat, atau bencana lain dalam masa nyata. Umum – Makluman daripada kementerian kepada rakyat, sep... Apakah fungsi bahagian "Berita" dalam aplikasi ini? Bahagian "Berita" menyampaikan maklumat terkini daripada portal berita utama dan sumber yang dipercayai. Bagaimana cara untuk menutup atau menghentikan notifikasi aplikasi ini? Anda boleh menutup notifikasi dengan cara berikut: Pergi ke tetapan (settings) telefon anda. Pilih Aplikasi & Notifikasi. Cari aplikasi MyGOV, kemudian hentikan notifikasi mengikut pilihan anda. ... Mengapa maklumat profil saya tidak tepat? Jika terdapat kesilapan atau keraguan, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat anda di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diselaraskan semula dalam aplikasi MyGOV. Saluran manakah yang patut dihubungi jika saya mempunyai pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan dalam aplikasi ini? Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia atau Malaysia Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi ini? Anda boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan di sini. Maklum balas aduan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi masalah login semasa mendaftar masuk? Aplikasi MyGOV hanya menggunakan MyDigital ID untuk log masuk. Untuk mendapatkan bantuan permasalahan login, sila log aduan anda di sini. Adakah aplikasi ini akan menerima kemas kini (software update)? Sudah tentu! Kami mengemas kini MyGOV secara berkala untuk memperkenalkan ciri-ciri dan perkhidmatan baharu, meningkatkan prestasi dan menangani sebarang isu. Pastikan anda mengaktifkan fungsi kemas k... Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat? Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi anda. Adakah maklumat akaun saya selamat jika saya berkongsi peranti dengan orang lain? Kerahsiaan pengguna dan keselamatan anda adalah penting bagi kami. Kami mengesyorkan agar anda tidak berkongsi maklumat log masuk anda dengan orang lain. Bagaimanakah cara untuk menyahpasang aplikasi (uninstall) jika saya tidak mahu menggunakannya lagi? Jika anda memutuskan untuk menyahpasang aplikasi ini, sila ikuti proses standard peranti anda untuk menghapus aplikasi.