Bolehkah saya menggunakan aplikasi ini untuk melakukan semakan bagi pihak orang lain?

Semakan untuk orang lain adalah bergantung kepada kebenaran agensi yang menyediakan perkhidmatan.

Buat masa ini, hanya perkhidmatan dalam kategori Pengangkutan yang TIDAK membenarkan semakan untuk orang lain, iaitu bagi perkhidmatan di bawah:

  • Semakan Keputusan Ujian Memandu
  • Semakan Lesen Kenderaan
  • Semakan Lesen Memandu
  • Semakan Mata Demerit
  • Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
  • Semakan Saman JPJ
  • Semakan Status Senarai Hitam

Selain daripada kategori tersebut, semua perkhidmatan lain membenarkan pengguna menyemak maklumat untuk orang lain.