Jika saya gagal mengakses perkhidmatan, adakah ini bermakna data saya hilang?

Jangan risau, kegagalan akses tidak bermakna data anda hilang. Maklumat peribadi dan rekod masih disimpan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab, contohnya JPJ untuk lesen memandu.

Aplikasi MyGOV hanya berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan-perkhidmatan digital agensi kerajaan dan tidak menyimpan sebarang data pengguna.